Saturday, December 5, 2009

ketika saat itu...

Masih terngiang2 detik itu..saat seluruh umat islam sibuk untuk menyambut Hari Raya Aidiladha, aku juga cuba untuk menyibukkan diri seperti biasa..tapi entah mengapa, keadaanku benar2 tidak menginzinkan aku untuk ceria dan gembira seperti selalu. Tetapi, itu tidak menghalangku untuk mengerjakan solat aidiladha pd pagi yg indah tersebut. Walau pd mulanya, ada aku meluahkan hasrat untuk hanya duduk di rumah dan tidak ke masjid pada pagi tersebut, namun, tiba2 fikiran ku berubah dan aku hendak ke masjid, terlintas difikiranku mungkin ini kali terakhir aku dpt menunaikan solat hari raya bersama saudara islam yg lain.nauzubillah...begitu lancang pemikiranku..manakan tidak kesakitan diperut yg kutanggung beberapa hari ni, semakin menyengat.aku tidak tahu apa sebabnya,,,seperti belati yg mencucuk2...seolah2 ada sesuatu yg cb utk keluar...ssshhhh...bkn cita ahli sihir atau magic..tp di betul2...bukan cobaan....huhu...

Setelah selesai menunaikan solat sunat muakkad pada pg tersebut, aku pergi ziarah kubur arwah wan dan tok yg hny beberapa lgkh dr rumah...tp, niatku terbantut apb mendapati begitu ramai warga lelaki di kwsn kubur tersebut..rasa seperti diperhati dan seolah kehadirnku di situ tidak sesuai pd waktunya, aku berundur dan hny menghantar ank saudara aku kpd pak uda mrk...dengan niat,akn kembali setelah selesai bacaan yaasin beramai2 tersebut...aku pulang ke rumah dan cb membantu apa yg patut..TETAPI.....ahhh...adoiiii....apa bnd la yg ada dlm perut ku ni...sehingga menghalang perjalananku...ya ALLAH...jauhila...perkara yg membahayakan...selamatkanlah hambaMu ini....

Walaupun begitu...raya tetap raya..aku cb untuk tersenyum dan gembira seperti yg lain...mkn ketupat,sempatla ckit walau selera agk terbantut...mkn laksa mak buat...mkn kek.aku bt sendiri..huhu...smp tghari kat umah, ktaorg bertolak ke umah opah kat Tanjung Piandang, Perak...kitaorang singgah jap kat Parit Buntar, untuk memberi ruang kpd adik n abg ipar aku solat Jumaat jap.abah xikut, antara sbb2 tertentu...waAllahualam....sementara menunggu adik n abg ipar aku solat, sempat lak aku, kak n mak aku cuci2 mata kat pekan parit buntar tu...huhu..dlm sakit2 perut2, shopping pny psl, terus semangat...hehe..tp xbeli pape pun.window shopping je..then,kitaorg trus g solat zohor kat surau yg berdekatan..pas g amik adik n abg ipar kt msjid, lapar la pulak...nk mkn ape?raya, org xmkn nasik..bak kata abg ipar aku...hehe...pk punya pk...cari punya cari...last2...
blh pulak pizza hut yg menjadi pilihan..org nk blnja,blasah jela..hehe..aik...ramai pulak org...raya2 pun,ramai jgk p mkn pizza.klu cmni, bla mau smp daa....hehe...dalam kul3 or 3 lebih klu xslh, kitaorg sambung perjalanan ke umah opah..sampai umah opah dh dkt asar dh..dlm kul4 kot...

Adoi..mlsnya nk turun keta...sakit perut bangat sih...smp umah opah,hm..satu kelainan..dh lm xblik..byk jgk perubahan setelah paksu menamatkan zaman bujangnya..umah pun dh lain dh...opah lak semakin uzur di mamah usia..cian lak tgk opah sorg2..pas slm n borak2 ckit dgn opah...aku terus terbabas..pengsan kat katil yg ada kt dapur2...xsedar dah..bila paktih n maktih sampai..maksu n fmly pun ada...huhu..sakit ni, bnr2 menguji ketahan mental dan fizikal aku.tgh org ramai pun blh dok p lena tang tu...:p...xbyk yg aku blh tolong..biasanya,klu p umah opah, akula yg sibuk kat dapaur..tolong bancuh2 air..hidang apa2 yg patut,xpun,keja aku menunggu kat sinki utk membasuh pinggang2 yg dikehendakki dibasuh..tp kalini,aku terpaksa beralah dgn kesakitn yg dialami..mak yg bt semua..kak tlg ckit2..diapun xbapa nk laqat sbb sakit dada kesan dr acident baru ni...hmm..semua pakat sakit...innalillah...ujian dr Allah..arap mak jala..cian mak..adik?hm..dia tukang makanja...besala ank jantan la katakan..

Banyak lagi ni...sambungannya nnt2 la..rajin2 nnt..aku sambung menaip ek...hehe

Friday, November 6, 2009

Perjuang masih belum selesai

Sudah lama rasanya aku tidak menjamah dan meneroka isu-isu baru dalam blog ni. Setelah sekian lama berhempas pulas dengan kertas-kertas peperiksaan,baru kini terasa sedikit kelonggaran untuk bernafas seketika.Namun, perjuangku masih belum selesai...
Masih ada lagi 2 paper yang sedang menanti dan melambai2 kepadaku..."datanglah..datanglah..." huhu..Walau bagaimanapun, masa yang terluang ini,tidak ku habiskan semata-mata dengan enjoy.
Laporan praktikum banyak lagi yang tertangguh. sikit demi sedikit aku menghabiskannya sebelum 12hb ni.. Lepas tu,tumpuan sepenuhnya pada 2 paper exam tu...
Hmmmmm....tgh syok2 dok mencurahkan idea, nak menaip post baru kat blog ni,bunyi lak telefon yang sedikit mengganggu konsentrasi..sape ek..pg2 ni...
"Haluuu..Assalammualaikum...siapa di sana cakap?"hehe..gurau je..sebnrnya dah trang tang2 kuar nm pemanggil kat telefon tadi..adoi..lamanya xdengar cter..dah 5 tahun berlalu,rasa cam tak sedar ja masa bergerak. Dengan bantuan kemudahan telekomunikasi nila yang sentiasa menghubungkan sama ada yang dekat atau jauh. Walaupun hanya setahun sekali je, tapi kedatangannya amat ditunggu2. Bagus jgk sistem2 komunikasi sekarang ni, selain boleh memajukan perkhidmatan diorg, dapat jgk mendekatkan yang jauh,mengeratkan yang dh dekat..apala yang aku merepek ni. Korang faham ke..hehe... xdela..ni..setahun sekali dapat free...telefon.sbb besday.hehe..blh col sape je xkire masa..cakap la puas2,xnk letak pun xpe..semua maxis or celcom yang akan tanggung...huhu..
"Hmmmm...ok tima kasih...take care jgk...Assalammualaikum..." selepas punat 'end call' ditekan, aku meneruskan kembali penaipan aku kat post ni..sekali, dah hilang idea la pulak...nk tulis ape tah td..teringat kembali perbualan aku dengan member yang dh lm xdengar khabar berita tu. 4 the first time kitaorg jmp ms seminar SLAD kat Kuching,S'wak 5 tahun lepas. Masa tu masih bdk2 lagi..skrg dah mak and bapak budak kot..hehehe...sonok jgk borak dan bergaduh dgn dia..aku ni jenis panas baran ckit,ade je yg x kne, mule la nk melenting. Geram...huhu..bila la nk blh buang sikap baran ni..tapi,masih terkawal ek... :-p. Bila dh borak2, dengar plak maslh2. betul la..kata org, ada instinct as a counselor.Bila borak je dgn sesape, ada je mslh yg dorg nk cter...hehe..Alhamdulillah...sbb akupun ske dgr..blh gak aplikasi apa yang aku dh blajar ni...hm..
aku bersyukur sbb apa yang aku inginkan dr sekolah2 dlu lg, sdh hampir berjaya. TETAPI, perjuang masih belum selesai.....Reporttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Dah.dah.dah....nk p sambung wat report..korg sumer...take care ek....nnt kite jmp lg...
Tata.....



Wednesday, October 21, 2009

DoakU hArapANku...

Ya Allah,
seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian antara kami
agar kemesraan itu abadi
Dan Ya Allah, Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan miliku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah agarku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya
Dan Ya Allah yang tercinta
gantillah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya
Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buat ku
kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini
Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku didunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama2 dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
Amin....Ya Rabbal A'lamin...........................


Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan

Monday, October 19, 2009

Pahala yang dapat dinikmati selepas mati...

Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
i) Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
ii) Ilmu yang berguna dan diamalkan.
iii) Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Mimpi Rasulullah S.A.W...

Renungan Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam sebelum aku di Israqkan..."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah selamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah SWT.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minumhingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

kehilangannya,menimbulkan tanda tanya...

Resah di hati hanya Tuhan yang tahu...
Gundah di jiwa tiada siapa yang nampak...
Namun, berputus asa tidak sekali...
selagi ku belum temui jawapan yang pasti...
Biar pahit akan ku telan....
Biar sakit asal ku tahu kebenarannya...

Sunday, October 18, 2009

Salam Pembuka Bicara..

Assalammualaikum...
Nak kata ni first time,xla jugak....sebelum ni dh penah buat blog dalam netlog...
tapi macam xbrapa nk menarik..bila ramai kawan2 yang suggest blogspot ni, terlintas la nk try jugak..hehe
tapi for the first time nk bt blog ni, penin jgk la..sepbek ada mmbr yang sudi nk ajar..huhu..
pas2,pelan2 kayuh la sendiri...org kata bnd2 ni semua kna explore sendiri klu nk pandai...
klux smp ble pun xleh...
so, utk pertama kalini, xda bnda lg nk dicelotehkan..
aku sekarang ni,tgh dalam dilema...

doa2kan la dilema ni cepat sembuh dan aku mendapat satu jawapan yang pasti...